It's time Malaysia changes for the good to please the Chinese people in Malaysia

From: Taiwanese
Date: Sat, 13 Jun 2009 10:09:22 -0700 (PDT)
Local: Sun, Jun 14 2009 1:09 am
Subject: Re: It's time Malaysia changes for the good to please the Chinese people in Malaysia

You are dame innocent. Come and visit Singapore Malay family yourself.
Many Singaporean Malay not only has a good life better than many
ordinary hardworking Chinese, they are staying in very welled
renovated houses better than many hardworking Chinese family, and many
Singaporean Malay even has extra money to own big landed properties in
Malaysia.

In short, Malay Singaporean are much better than those ordinary
Malaysian or Indonesian. Check it out and see how many millions of
people from South East Asian countries such as Malaysia, Philippine,
Vietnam, Myanmar, Indonesia and even Indian and Nepalese, all enjoy
better opportunity than local Singaporean Chinese.

wrote:
> if Chinese were to have all the freedom
> in Malaysia ,and equal rights in Malaysia with the Malays .
> Malaysia will become a Chinese territory , just like Singapore,
> then where should all the Malays go ?
> to hell ?


-------------------------------------------
From: Khairy
Date: Sat, 13 Jun 2009 10:29:32 -0700 (PDT)
Local: Sun, Jun 14 2009 1:29 am
Subject: Re: It's time Malaysia changes for the good to please the Chinese people in Malaysia

On Jun 13, 11:50 pm, Taiwanese wrote:

> Many Malay in UMNO like you simply want to safe guard their
> own personal wealth income sources using the racist political slogan.

Melayu Telah Berubah, Utusan Belum…

Bagi kebanyakan orang, Ahad adalah hari untuk rehat kerana ia hari
cuti. Malangnya Mingguan Malaysia semalam (31 Mei 2009) tidak
membolehkan saya rehat dan merasa tenang. Malahan tulisan-tulisan
dalam akhbar itu menimbulkan rasa kecewa, mengingatkan saya betapa
jauhnya akhbar Melayu ini dari realiti sebenar kehidupan di Malaysia
serta besar jurang pendirian akhbar itu dengan pemikiran orang Melayu
masa ini. Mungkin inilah menyebabkan Utusan semakin hari semakin
kurang orang membacanya. Tema dan asas cerita utamanya adalah
perkauman, perkauman dan perkauman.

Saya sebenarnya sudah malas baca tapi bila melihat tajuk “Melayu
dikhianati?” tulisan ideologi utamanya Awang Selamat, saya paksa diri
untuk tahu lebih lanjut. Kata Awang Selamat, semakin hari semakin
teruk hatinya ditoreh oleh tuntutan kaum bukan Melayu yang dakwanya
berbau rasis yanag berkemuncak sekarang ini dan bermula sejak
keputusan pilihanraya yang lepas. Wah! Dengan lain perkataan, rakyat
Malaysia mestilah menjaga hati Awang Selamat sebelum membuat apa-apa
tuntutan kerana bila hati Awang Selamat tertoreh, maka hati UMNO pun
tertoreh; dan bila hati UMNO tertoreh maka hati Melayu pun tertoreh.
Begitulah agaknya logik Awang Selamat.

Dia tidak sedikit pun mengulas apa yang dituntut oleh rakyat Malaysia
yang bukan Melayu itu. Apakah yang “kerterlaluan” itu? Kalau pun
mereka bertanya soal biasiswa atau pembahagian tanah atau peluang
kerja; tak bolehkah dijawab secara rasional dan berpandukan fakta.
Mengapa mudah benar tertoreh hati? Apakah segala tuntutan orang bukan
Melayu itu (yang ada hak di bawah Perlembagaan) tidak wajar dan tidak
berasas? Mengikut Awang Selamat begitulah agaknya kerana 50 tahun
dahulu UMNO dan Melayu telah “bermurah hati” memberi kerakyatan kepada
nenek moyang mereka semasa Merdeka. Jadi kerana kerakyatan itu diberi
atas ehsan dan besar hati UMNO maka anak cucu mereka tidak sama sekali
boleh MEMBUAT APA-APA TUNTUTAN kerana mereka mesti sentiasa dan selama-
lamanya mengenang budi kemurahan hati UMNO.

Pemikiran seperti inilah yang saya maksudkan sudah tidak laku dan
ditolak oleh rakyat semua. Bila rakyat meminta sesuatu walaupun dari
Melayu, Cina atau India, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan (dan
akhbar yang bertanggung jawab menilainya) untuk cuba menunaikan
permintaan tersebut. Kalau keterlaluan, terangkan saja mengapa tapi
jangan ungkit sejarah untuk menutup kekurangan kita. Janganlah
sentiasa naik marah dan mengugut dan memberi serpihan sejarah yang
tidak lengkap untuk membuat modal politik.

Kita mendapat kemerdekaan kerana British telah bersetuju dengan pihak
Perikatan dalam hal syarat-syarat kemerdekaan tersebut. Bila kita
bersetuju, kita hormatilah perjanjian tersebut. Usahlah nak ungkit
bahawa kita bermurah hati memberi kerakyatan yang mudah kepada Cina
dan India. Hakikatnya itulah syarat yang kita setuju. Tak ada siapa
yang memaksa kita memberi kemudahan itu. Pada masa itu adalah mustahil
untuk British melepaskan Malaya pada tahun 1957 jika soal
kewarganegaraan kaum Cina dan India tidak selesai. Sejak Gerald
Templer dihantar ke sini oleh Winston Churchill pada tahun 1952, semua
pihak berusaha mencari jalan ke arah memerdekakan Malaya tetapi dengan
syarat yang perlu diselesaikan ialah penerimaan kaum Cina dan India
sebagai warganegara. Kerajaan British tegas dalam hal ini. Dan UMNO
setuju dengan syarat ini. Itulah harga kemerdekaan yang Perikatan
faham dam menerima dengan hati terbuka. Apakah Utusan ada fakta
sejarah yang berbeza?
Tapi katakanlah kita terima pandangan kononnya UMNO telah “bermurah
hati “tentang kerakyatan kepada mereka yang menjadi warganegara lebih
50 tahun dahulu; adakah Awang Selamat mengharapkan cucu cicit mereka
sekarang ini tidak langsung boleh bersuara tentang hak mereka? Adakah
mereka perlu diam kerana tok nenek mereka dulu kononnya telah mendapat
ehsan dari UMNO? Pemikiran feudal ini tidak ada tempat dalam sabuah
Negara moden yang menghormati hak rakyat nya sendiri.

Satu lagi rencana ialah tulisan pengarang kanan Zulkiflee Bakar yang
memberi nasihat kapada pembaca Utusan supaya jangan buta sejarah.
Agaknya Melayu macam saya ini dianggap buta sejarah. Sebenarnya soal
sejarah tidak sukar dipelajari dan saya memang berminat untuk
mengetahui lebih lanjut tentang sejarah. Tetapi orang yang paling
malang dan kita kasihan ialah orang yang buta hati. Bila hati kita
buta, tidak ada fakta dan ilmu yang dapat mengisi kekosongan dalam
diri kita. Akhbar Utusan dan Mingguan sepatutnya membantu Perdana
Menteri meneroka paradigma baru seperti dalam mencari erti 1 Malaysia
yang sebenar (perkataanya pun ialah Malaysia; bukan mana-mana kaum
tertentu). Akhbar ini sepatutnya membantu Perdana Menteri mencari
jalan membangunkan ekonomi dengan pendekatan dan dasar yang lebih
pragmatik dan adil. Akhbar sepatutnya mencadangkan cara yang pragtik
dan progresif untuk membantu PM bukan menjadi pelobi ideologi yang
usang.

Tapi Utusan masih mahukan gurindam perkauman. Bagi Utusan, Melayu
gagal kerana orang Cina, kerana orang India. Sedarlah Utusan, orang
bukan Melayu dan Melayu sendiri pun sudah dapat membezakan antara
Melayu dan UMNO, tahu bahawa bila dasar UMNO dikritik, ia bukan
mencabar Melayu tetapi mencabar UMNO. Usaha nak lagakan Melayu dan
Cina kian hebat di usahakan tetapi percaya lah api perkauman tidak
mungkin dapat menyala saperti dahulu. Usahlah mudah tertoreh hati bila
sesuatu dasar UMNO dikritik dan dipersoalkan. Orang Melayu telah
banyak berubah minda dan kefahaman mereka tentang Malaysia dan masa
depan mereka; mereka tahu perbezaan itu. Mereka tahu apa yang menanti
dalam dunia yang penuh mencabar ini. Dan apa perubahan yang perlu
mereka lakukan. Cuma Utusan belum sedar perubahan ini.

No comments:

Post a Comment